Terima Kasih Ayah

hadiah kecil yang boleh memberi saya kebahagian

Alhamdulillah waktu umur dah macam ini pun saya masih dapat dari ayah.

terima kasih ayah untuk hadiah jam ini.
Aku memang pernah cakap yang aku tak akan terima hadiah sebagai jam dari orang lain. Aku pernah cakap yang kalau nak beli hadiah hantaran jangan bagi hadiah jam.

Yang buat aku mahu menangis, 2 jam yang aku simpan tu dah sampai waktu dia untuk tak berkhidmat pada aku lagi.

yang satu dah hilang, yang 1 lagi dia punya muka jam tu calar teruk.

Masa aku terima jam tu pun, ayah baru bagi aku duit elaun bulanan. lepas tu, ayah bagi lagi jam tu.

sebab aku memang sayang sangat kat semua jam yang aku ada selama ni.

Dia jadi sedih sebab jam lama tu dah tak boleh nak berfungsi.

Terima kasih ayah lagi sekali untuk jam ini, tapi adik nak ayah tahu yang adik sangat sangat hargai hadiah ini.
Walaupun ayah tak baca apa yang adik tulis ini. Tapi adik nak selalu ingatkan diri adik, sebab adik dah banyak sangat terima segala benda dari ayah.

Adik sayang ayah, sangat sangat.



Jadi, bermula dari 22 Julai 2017 saya pakai jam baru ni. Yeayyyy.



Lots of Love
-Amirah Saharan-
XOXO
25 1326 July 2017

Comments

Popular posts from this blog

Misi Penambahbaikan

From Now!

GSLC 3.0